Keluaran dan sambutan Mencari_Konklusi_(album_Hujan)

Mencari Konklusi dikeluarkan pada Julai 2009. Tiga lagu dikeluarkan sebagai single—"Mencari Konklusi", "Kau Harus Ada" dan "Sangkar Besi di Hatiku". Majlis pelancaran album ini diadakan di Hard Rock Cafe pada 9 Oktober 2009. Bagi mempromosikan album ini dalam format digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd.[4]

Konsert jelajah bagi mempromosikan Mencari Konklusi berlangsung dari 4 Oktober sehingga 31 Oktober di seluruh Malaysia.[5]